Saturday, September 11, 2010

Pendingin hawa LG dilengkapi sistem pembersih udara automatik, tapis kuman H1N1

APAKAH yang anda inginkan daripada pendingin hawa di rumah? Apakah memadai sekadar sejuk dan nyaman? Jika ya, pilihan anda belum tepat kerana masih banyak lagi ciri-ciri lain pendingin hawa yang perlu dipertimbangkan demi keselesaan dan paling penting, kesihatan keluarga.

Antara syarikat yang mengutamakan kepentingan pengguna dalam penghasilan produk mesra alam, pelanggan dan kepentingan kesihatan ialah LG Electronics (LG).

Kesungguhan syarikat Korea itu meyakinkan pengguna mengenai kepakarannya dalam dunia pendingin hawa dapat dilihat menerusi kesediaan syarikat gergasi elektronik itu menganjurkan lawatan media ke kilang pengeluaran pendingin hawanya di Rayong, Thailand, baru-baru ini.

Dalam lawatan kira-kira sejam ke kilang itu, wakil media dari Malaysia, Indonesia, Vietnam selain tuan rumah dapat melihat rahsia LG menghasilkan pendingin hawa yang kini pantas menandingi jenama lain bersandarkan reka bentuk eksklusif serta mengutamakan tahap kesihatan penggunanya.

Istimewanya pendingin hawa keluaran LG ialah ia direka bagi membolehkan pengguna bernafas dengan lebih baik dan yakin tanpa perlu bimbang menyedut semua jenis kuman penyebab pelbagai penyakit.

Buktinya, awal Januari lalu, LG memperkenalkan pendingin hawa terbaru yang menumpukan kesihatan pengguna - LG Health + Inverter dan LG Health + Fresh berikutan kejayaan pelancaran LG Health + Deluxe tahun lalu.
Pengarah Kumpulan Sokongan Pemasaran Pendingin Hawa Kediaman LG, Jaesung Lee, berkata pihaknya gembira dapat menganjurkan pelbagai acara promosi termasuk Health + Evolution.

Malah beliau yakin produk LG yang mengutamakan kesihatan itu mampu membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk di Asia.

“Disebabkan LG sudah mendahului pasaran pendingin hawa bagi kediaman lebih sedekad, kami juga menawarkan pandangan menarik mengenai kemajuan teknologi dan aliran pasaran,” katanya.

Bagi memastikan keberkesanan produknya, LG turut melancarkan Pendingin Hawa Elektronik LG (LG AC) pada tahun lalu yang menyediakan penyelesaian keseluruhan dalam aspek termasuk pengudaraan, pendingin hawa (HVAC) dan tenaga. LG AC menawarkan pendingin hawa bukan saja untuk keperluan rumah tetapi juga komersial, tenaga solar, sistem pengurusan rumah dan bangunan serta hotel.

Produk keluaran LG itu juga dilengkapi sistem pembersihan udara yang berfungsi secara automatik. Ia mampu menjalankan tugasnya membersih serta mencuci partikel habuk yang melekat biarpun selepas alat pendingin hawa itu ditutup.

Syarikat berkenaan turut menerima pengesahan Yayasan Alahan Britain bahawa produk LG berkenaan dilengkapi penapis membasmi bahan penyebab asma dan alahan, selain memastikan kesegaran udara.

Produk inovatif LG juga boleh mengubah kediaman mereka agar lebih nyaman berteraskan penekanan tiga aspek utama iaitu Jimat, Senyap dan Selamat (3S - Savings, Silent, Safe). Pendingin hawa LG turut memfokuskan kepada teknologi inverter dengan keupayaan penjimatan elektrik sebanyak 60 peratus dan bakal mengetengahkan nisbah kecekapan tenaga (EER) sehingga 14.5.

Bukan setakat itu, model Inverter dan Fresh juga boleh membasmi virus H1N1 yang masih mampu melancarkan gelombang keduanya pada bila-bila masa, kuman, ejen penyebab alahan serta mengurangkan debu serta bahan pencemaran lain dengan sistem penapisan pelbagai penapis mengandungi penapis Plasma, penapis H1N1, penapis alahan, penapis bau dan penapis antibakteria.

Kajian Pusat Penyelidikan Sains Alam Sekitar Kitasato di Jepun menunjukkan, 99.9 peratus virus H1N1 dibunuh dalam masa 24 jam oleh penapis alahan dan keselamatan virus pendingin hawa LG.

Menariknya, pengguna pendingin hawa LG tidak perlu berasa bimbang diganggu bunyi bising pendingin hawa kerana ia dijamin paling senyap di pasaran dengan bunyi berukuran 19 desibel berbanding jenama lain pada kadar 24 desibel. Kadar kebisingan rendah itu membolehkan pengguna menikmati ketenteraman di rumah sendiri terutama
pada waktu tidur.

No comments:

Post a Comment